Thursday 6 October 2011

ADAB NIAT


Niat mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan seorang Muslim.  Sebagai rukun dan syarat amal.

Firman Allah yang bermaksud:
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama dengan lurus…” (al Bayinah [98] : 5)

Rasulullah s.a.w  bersabda:
 إنّ الله لا ينظر إلى صوركم ولا إلى أموالكم ولكن الله ينظر إلى قلوبكم

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta kamu, akan tapi Allah hanya melihat hati-hati kamu.”

Niat yang baik sahaja sudah dianggap amal soleh dan diberi ganjaran pahala


Rasulullah s.a.w bersabda:

إنّ بالمدينة أقواما ما قطعنا واديا ولا وطئنا موطنا يغيظ الكفار ولا أنفقنا نفقة ولا أصابتنا مخمصة إلاّ شركونا في ذلك وهم بالمدينة . فقيل له : كيف ذلك يا رسول الله ؟ فقال : حبسهم العذر فشركوا بحسن النية 
Maksudnya:
“Sesungguhnya di Madinah ada segolongan Mukminin; tiada wadi yang
 kami tempuhi dan tiada tempat yang kami jejaki (untuk melakukan jihad Fi Sabilillah terhadap golongan kufar) dan tiada sumbangan yang kami sumbangkan serta kelaparan yang terpaksa kami deritai melainkan mereka (golongan Mukmin di Madinah itu) turut memperolehi ganjaran yang sama seperti kita walaupun mereka berada di Madinah. Sahabat bertanya kepada Rasulullah: Bagaimana perkara tersebut boleh berlaku? Baginda menjawab: Mereka tidak menyertai kita kerana ada halangan yang menghalang, akan tetapi mereka turut serta dengan niat yang baik.”

Niat yang buruk menjadikan sesuatu perkara baik berubah menjadi haram dan terlarang

Rasulullah s.a.w bersabda:
من تزوّج بصداق لا ينوى أداءه فهوا زان ومن أدّان دينا وهو لا ينوى قضاءه فهو سارق
 Maksudnya: 
“Barangsiapa mengahwini seorang perempuan dengan mahar, akan tetapi dia tidak berniat membayarnya, maka dia termasuk dalam golongan penzina. Dan barangsiapa yang berhutang, akan tetapi tidak berniat untuk membayarnya, maka dia termasuk di dalam golongan pencuri.” (Ahmad dan Ibnu Majah)

Perkara yang harus berubah menjadi amalan kebaikan jika diniatkan dengan niat yang baik.

Perkara maksiat tidak akan berubah menjadi kebaikan walaupun dengan niat yang baik.


Adab Dengan Allah


Mensyukuri anugerah Allah yang tidak terhitung banyaknya terhadap manusia melalui pujian dengan kata-kata, amal perbuatan serta menggunakan segala anugerah itu untuk tujuan ibadah dan ketaatan terhadapNya. Sebaliknya adalah tidak beradab jika kita kufur dengan nikmatNya serta engkar terhadap ajaranNya.
Firman Allah yang bermaksud: “…dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah kamu dapat menghitungnya”. ( Ibrahim [14] : 53 )

FirmanNya lagi yang bermaksud: Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepada kamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari (nikmatKu).” (al Baqarah [02] : 152)

Meyakini bahawa Allah memerhatikan segala tindak tanduknya sehingga timbul rasa malu untuk melakukan maksiat kepadaNya. Adalah tidak beradab jika seseorang menderhaka kepada tuannya atau membalas kebaikannya dengan melakukan keburukan padahal dia menyaksikan serta melihatnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Quran dan kamu tidak melakukan suatu pekerjaan melainkan Kami menjadi saksi sewaktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi ataupun di langit…” (Yunus [10] : 61)

Meyakini bahawa Allah sentiasa bersamanya dan tiada tempat berlindung selainNya. Manusia tidak boleh lari jauh dariNya. Justeru membuatkan diri seseorang itu menyerahkan diri dan bertawakal kepadaNya.

Firman Allah yang bermaksud: “…Dan hanya kepada Allah hendaklah kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (al Maidah [5] : 23)

Orang yang beriman mengharapkan agar kasih sayang Allah terhadapnya sentiasa bertambah. Ini mendorongnya untuk berdoa dengan penuh khusyu` sambil menambahkan taqarub kepadaNya melalui ucapan serta amalan yang baik. Adalah tidak beradab jika seseorang itu merasa putus asa dari RahmatNya yang luas dan meliputi segala sesuatu.
Firman Allah yang bermaksud: “…janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.”
(Yusuf [12] : 87)
Orang yang beriman meyakini kehebatan siksaan Allah, keras pembalasanNya lagi cepat hisabNya. Ini mendorongnya untuk sentiasa bertakwa kepada Allah dan menjauhi segala yang boleh membawa kemurkaanNya. Adalah tidak beradab sekiranya seseorang itu terus menerus melakukan maksiat terhadap Allah yang Maha mulia, Maha kuasa lagi Maha kehendak.

Firman Allah yang bermaksud: “.. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Allah.” (ar Ra`d [13] : 11)

ADAB DENGAN AL QUR`AN

Muslimin meyakini kesucian, kemuliaan serta keutamaan al Quran. Ia adalah firman Allah yang tidak terdapat padanya kebatilan. Sesiapa yang berkata dengan al Quran, maka benarlah ia. Dan sesiapa yang berhukumkan al Quran, maka adillah ia. Orang yang berpegang teguh dengan al Quran akan selamat, sebaliknya mereka yang engkar, maka akan rugi.

Al Quran sebagai sumber perundangan yang tidak boleh dipersoalkan kewibaannya.

Mengenai hadis-hadis yang menceritakan kelebihan al Quran

Rasulullah bersabda:
" 'قرأواؠ'لقرآنؠAإنّهؠJجيءؠJومؠ'لقيامةؠ4فيعاؠDصاحبهؠ" .

Maksudnya:
اقرأوا القرآن فإنّه يجيء يوم القيامة شفيعا لصاحبه

Maksudnya:
“Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari Kiamat nanti sebagai pemberi syafaat kepada orang yang membacanya.”  (Muslim)

Sabdanya lagi:
خيركم من تعلّم القرآن وعلمه

Maksudnya:
“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar al Quran dan mengajarkannya.”
(Bukhari)

Adab Dengan Al Quran

Membacanya dalam keadaan suci, mengadap kiblat, duduk dengan sopan dan tenang.

Membacanya secara tartil; tidak terlalu cepat dan tidak menamatkannya kurang dari tiga malam. Rasulullah bersabda:


" من قرأ القرآن في أقلّ  من ثلاث ليال لم يفقهه " .

Maksudnya:
“Barangsiapa (menamatkan bacaan al Quran kurang dari tiga malam, maka dia tidak akan dapat memahaminya.” (Ashabus Sunan dan dikategorikan sahih oleh Tarmizi)

Rasulullah menyuruh Abdullah bin Umar mengkhatamkan al Quran setiap tujuh hari.

Membacanya dengan khusyu` dan penuh penghayatan.


Rasulullah bersabda:
" اتلوا القرآن وابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا " .

Maksudnya:
“Bacalah olehmu Quran dan menangislah. Sekiranya kamu tidak menangis, maka buat-buatlah menangis.” (Ibnu Majah dengan isnad yang baik)

Membacanya dengan suara yang elok.

Rasulullah bersabda:
" زيّنوا القرآن بأصواتكم " .
Maksudnya:
“Hiasilah al Quran itu dengan suara kamu.” (Ahmad, Ibnu Majah, Nasa`ei dan Hakim)

Membacanya dengan suara yang lembut (tidak nyaring) jika dikhuatiri akan menimbulkan rasa riya` ataupun takut mengganggu orang yang sedang sembahyang.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang membaca al-Qur`an dengan jahar (menguatkan suara sehingga didengari oleh orang lain) adalah seperti orang yang memberi sedekah secara terang-terangan.”

Sebagaimana yang dimaklumi bahawa sedekah dengan cara sembunyi-sembunyi itu jauh lebih utama kecuali untuk memberi contoh kepada orang lain. Begitulah halnya dengan membaca al Quran.

Membaca al Quran secara tadarus dan tafakur (disemak maknanya).

3. ADAB DENGAN RASULULLAH

Allah telah  mewajibkan kepada setiap orang Islam rasa hormat terhadap Rasulullah.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih daripada suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalan kamu sedangkan kamu tidak menyedari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah, mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka keampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar bilikmu kebanyakkan mereka tidak mengerti. Dan kalau sekiranya mereka bersabar sehingga kamu keluar menemui mereka, sesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka…” (al Hujurat [49]:2–5)

Allah juga mewajibkan taat kepada Rasulullah

Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” (Al Imran [3]:31)

Allah telah mengangkat baginda sebagi pemimpin dan hakim.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepada kamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu…” (an Nisa` [4]: 105)

Rasulullah adalah manusia terbaik akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri dan jiwa.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad), memiliki akhlak yang agung…” (Al Qalam [68]:4)

Allah mewajibkan mahabbah (cinta) kepada Rasulullah

Rasulullah s.a.w bersabda:
"والذي نفسي بيده لا يؤمن أحدكم حتّى أكون أحبّ إليه من ولده ووالده والناس أجمعين " .

Maksudnya: “Demi diriku yang berada di dalam genggamanNya, tidaklah sempurna iman seseorang daripada kamu sebelum aku lebih dia cintai dari anaknya, bapanya atau manusia semuanya.” (畍瑴晡煡Muttafaq `Alaih)


Cara beradab kepada Rasulullah:

Taat kepada Rasulullah dengan menuruti ajarannya dalam segala urusan dunia mahupun akhirat

Menjadikannya orang yang paling dicintai

Menghormati Rasulullah tatkala menyebut nama atau mendengarnya dengan membaca selawat ke atasnya

Menghidup dan memasyarakatkan sunnah Nabi s.a.w serta menyampaikan seruan dakwahnya kepada seluruh manusia

Mencintai para solehin kerana mereka mencintai Rasulullah dan membenci  golongan fasikin kerana mereka tidak menghormati dan melaksanakan ajaran baginda.

VIRUS DI PERJALANAN KITA…



VIRUS 1 :  GHURUR
Erti
Sebab
  1.  Tidak cakna diri sendiri dan meninggalkan muhasabah
  2.  Tiada nasihat menasihati
  3.  Melampau dalam agama
  4.  Mendalami ilmu yang pelik dan masaal (tanpa amal).
  5.  Hanya melihat kebaikan dan lupa kepada maksiat sendiri.
  6.  Cenderung kepada dunia.
  7.  Terlalu ingin menyembunyikan kebaikan
  8.  Membezakan madu
Kesan Ghurur
·       Suka berjadal
·       Takabbur yang tidak sepatutnya.
·       Keras dengan pandangan sendiri
Tanda-tanda:
·       Sentiasa merendahkan orang lain
·       Sentiasa menyebutkan kebaikan sendiri
·       Sukar tunduk kepada peraturan dan arahan.
Ubat:
  1.  Ingatkan akibatnya yang buruk
  2.  Rasa perlu sederhana dalam semua perkara
  3.  Ingat bahawa amalan sahaja bukan penentu keselematan akhirat.
  4.  Sentiasa mentadabbur ayat-ayat Allah.
  5.  Membaca kesah-kesah salaf saleh yang ikhlas dan zuhud.
  6.  Mementingkan perkara-perkara yang besar dan usul.
  7.  Meninggalkan orang ghurur
  8.  Sentiasa menasihati shabat yang ghurur
  9.  Menolak kedudukan hadapan

VIRUS 2 : LEMAH SEMANGAT
Erti : Futur
Sebab :
  1.  Tasyaddud dan melampau
  2.  Terlalu banyak bergeluman dengan perkara harus
  3.  Meninggalkan jamaah dan suka menyendiri
  4.  Kurang mengingati mati dan akhirat
  5.  Melalaikan amalan harian
  6.  Makan/minum atau menggunakan perkara yang haram
  7.  Melibatkan diri dalam kerja Islam yang juzi.
  8.  Membebani badan lebih dari kemampuan.
  9.  Tiada bersedia menghadapi kesukaran.
 10. Berkawan dengan orang yang futur.
 11. Melakukan kerja Islam secara spontan dan tidak manhaji.
 12. Melakukan dosa walaupun kecil dan merasa senang dengannya.
Kesan:
Kurang pahala - dan kemungkinan mati dalam keadaan begitu.
Lambat sampai kepada matlamat
Ubat:
  1.  Menjauhkan diri dari maksiat besar dan kecil.
  2.  Melazimi amalan harian
  3.  Menghidupkan waktu yang afdhal dengan amalan.
  4.  Mencampakkan diri ke dalam jamaah dan rela diatur.
  5.  Memahami hakikat sunnatullah.
  6.  Memahami tabiat jalan dakwah
  7.  Memahami dan menuruti manhaj amal Islam yang betul.
  8.  Sentiasa bersama dengan orang yang berhimmah tinggi.
  9.  Menghiburkan diri sekali sekala.
 10. Sentiasa menatapi buku seerah dan kesah salafus-soleh.
 11. Mengingati mati
12.Menghadiri majlis ilmu.